American Exports
American Exports

Tentang Kami -  Apakah itu Canadian Exports

Canadian Exports adalah sebuah syarikat pencarian Kanada dengan penjual dan rakan kongsi yang berpotensi di seluruh dunia. Kami menawarkan penerbitan (Majalah Promosi-Eksport), website dan e-Majalah. Setiap isu adalah lebih dari 100,000 perniagaan dalam lebih 120 negara.

 

Rundingan eksport kami:

   -  Membantu syarikat mencari antara satu sama lain dan membuatkan perhubungan yang kukuh yang mana betul untuk mereka.

   -  Membantu kemudahan perhubungan dan pertemuan di antara klien syarikat.

   -  Membantu syarikat termasuk urus niaga perniagaan yang berjaya.

 

Canadian Exports menawarkan perluasan perkhidmatan perundingan berkaitan eksport yang mana banyak meliputi proses import/eksport.

 

Apakah yang dapat kami lakukan untuk anda?

   -  Memastikan dan membekalkan maklumat yang berguna mengenai sebarang pasaran, pembeli yang berpotensi dan rakan kongsi perniagaan.

   -  Membantu anda menghubungi sasaran pasaran, pembeli dan rakan kongsi.

   -  Kemudahan perundingan dan mengatur sebarang perjalanan perniagaan untuk berjumpa dengan rakan kongsi yang berpotensi atau klien atau menyertai pameran jual-beli dan lain-lain lagi.

   -  Sentiasa member maklumat tentang Misi Jual-beli, Perwakilan Perniagaan, Pameran Jual-beli, Tempoh Pembayaran berkaitan dengan perniagaan anda dan banyak perkhidmatan lain lagi.

 

Hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang membesarkan perniagaan anda.

 

Pernyataan Matlamat

Canadian Exports  ialah tumpuan pengeksport Kanada di dunia, dan jalan masuk dunia ke Kanada.

 

Kami adalah rakan kongsi yang strategik dan menjadi pilihan untuk pengeksport Kanada dan pengimport antarabangsa. Website kami dan Majalah adalah terbukti, berkesan dan bersaing untuk berjaya menghubungkan perniagaan Import/Eksport yang luas dengan antara sama lain dalam pemasaran pilihan. Kami di sini untuk membantu dan membimbing mereka melalui proses dengan menawarkan keluasan terhadap perkhidmatan berkaitan.

 

Kami adalah komited:

   -  Menambah nilai kepada jual-beli perniagaan antarabangsa.

   -  Menjadikan persekitaran yang peka dan bertanggungjawab.

   -  Membekalkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada klient kami.

 

Pernyataan Visi

Mendahului pembekal perkhidmatan untuk pengeksport Kanada dan pengimport antarabangsa dan memberikan jalan untuk mereka berhubung dan menjalankan perniagaan.

Untuk mempromosi pengeksport Kanada dan membangunkan pemasaran baru untuk perniagaan Kanada.

 

Soalan Kebiasaan Ditanya

 Q1: Apakah Canadian Exports?

A1: Canadian Exports adalah sebuah syarikat (penerbitan dan website) yang mempromosi Canadian exports. Kami membantu anda mancari semua sumber yang anda perlukan dari Kanada.

 

Q2: Bagaimanakah saya boleh mendapatkan Majalah Canadian Exports?

A2: Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan Majalah Canadian Exports;

   -  Hubungi kami untuk lokasi yang terdekat dimana anda boleh mengambil majalah tersebut. Kebiasaannya, ia disediakan di Dewan Perniagaan, Majlis Perniagaan dan persatuan import/eksport lain yang dipercayai.

   -  Hubungi kami dan kami akan e-mail anda setiap isu baru dalam bentuk PDF.

   -  Mengikuti link “Mailing List” di atas dan kami akan menghantar kepada anda setiap isu baru secara percuma.

   -  Muat turun Majalah tersebut dari bahagian Utama kami.

 

Q3: Apakah yang anda boleh lakukan untuk syarikat kami?

A3: Kami akan bertindak sebagai pencari jodoh; kami membantu pengeksport Kanada dan pengimport antarabangsa bersama-sama dalam melakukan perniagaan. Kami menawarkan perluasan perkhidmatan berkaitan eksport yang mana meliputi proses import/eksport; dari kepastian, saranan, dan memeriksa sebarang produk, perkhidmatan dan/atau perniagaan untuk anda, membantu dalam perundingan, misi jual-beli & perwakilan, pameran jual-beli, pembayaran dan lain-lain lagi.

 

Q4: Bagaimanakah kami boleh mula menggunakan perkhidmatan anda?

A4: Untuk mula menggunakan perkhidmatan kami, lihat profil (pengiklanan) yang disediakan dalam Majalah kami dalam bentuk PDF, dalam “Individual Profiles”. Jika tiada padanan dengan kehendak anda, sila hubungi kami dengan pertanyaan anda. Kami berbesar hati membantu anda untuk mendapatkan jawapan yang anda cari.

 

Q5: Mengapa di Kanada?

A5: Produk Kanada dan perkhidmatan dikenali di antarabangsa disebabkan kepercayaan mereka, kualiti yang tinggi dan harga yang berpatutan.

 

Untuk maklumat lanjut, jangan keberatan untuk hubungi kami

 



Sounds good? Then put us to the test